Saturday 21 December 2013

Stretch Mark semasa mengandung

Assalamualaikum...

Rajin plak menulis ni ye..maklum la sementara tak sibuk dengan keja lagi..boleh la nulis nih...anyway sekarang ni pon tengah tunggu hubby abes exam..ada la masa di depan skrin ni..

Dalam entry ni saya nak share pasal ibu-ibu mengandung ni la kan..masa awal-awal pregnant dulu mak dan kakak saya selalu me-momok-kan saya dengan 'jaga perut tu, nanti naik stretch mark kat perut tu, gataiiiii sangat nanti'..

Saya pon da rasa cuak dah..sebab bukan itu sahaja perubahan yang berlaku..antara perubahan kulit yang berlaku macam:

> chloasma (pigmentasi pada kulit di leher dan muka) - kire macam ada tompok hitam yang akan naik di leher (memang ada) atau di muka..kat muka saya tak naik pon..tapi kat leher tu dah macam orang g berehat bawah matahari dan hitam di leher..selalu la kena leter dengan husband..itu lah hakikat during pregnancy ni..


ni contoh tompok gelap kat muka..

> linea nigra (garisan gelap kat perut) - garis menegak di tengah perut..memang ada la sebab baby membesar dan perut pon meregang..saya pon ada jugak, tapi tak ketara sangat..ape yang saya buat??? (nanti kat bawah saya explain)..die ganggu penglihatan bakal ibu dan bapa la..sebab die akan menghitam di perut tu..


garisan ni tak gatal cuma tak menarik bila dipandang..


> stretch mark (regangan di perut) - ini memang wujud untuk ibu-ibu mengandung..ini yang menyebabkan bakal ibu jadi tak selesa, gatal bila cuaca panas dan sudah tentu la mengerikan..tanda regangan ni muncul pada trimester kedua (dalam bulan ke 4,5 atau 6 kehamilan)..macam saya, tanda ni muncul pada bulan ke 6 cam tu la..tu pon sedar masa masuk bilik fitting nak beli skirt baru..lepas tengok tu rasa cam nak nages pon ada rasa cuak, gelabah dan rasa takot..terus panggil husband dari fitting room tu..ingatkan saiz salah ke rupanya nak bagi taw pasal stretch mark tu..

selalunya akan jadi warna merah atau coklat..lebih 90% ibu mengandung akan jadi camni..melainkan kulit ibu tu elastik, bole la menahan regangan sebab baby semakin membesar..if tak jaga pon takpe..tapi tahan la tangan nak menggaru perut tu..dan stretch mark tu akan jadi lagi worst..


macam buah tembikai plak..tapi ini lah contoh bila merekah dengan jayanya

SOLUTION:

HERBALIFE EVERYDAY SOOTHING GEL

Ni la produk yang saya pakai..dari awal pregnancy..even tak de lagi tanda hitam-hitam kat badan..tapi guna juga..as a prevention action..nama pon EVERYDAY SOOTHING GEL..mesti la boleh pakai everyday..selalunya saya pakai selepas mandi di tempat yang memang akan ada masalah regangan..
pakai di leher, perut dan tempat-tempat yang sewajarnya lah..

Die ni gel clear, tak melekit dan cepat meresap ke kulit..so tak perlu risau nak melekit lepas pakai die..sapu je di tempat yang rasa akan wujud masalah ni..bila pakai gel ni terus rasa sejuk dan masuk dengan best nya ke kulit..

credit kepada blog adik ni


Untuk orang yang tak de masalah kulit pon, boleh ambil ni sebagai gel untuk melembapkan kulit dan hilangkan parut di permukaan kulit..diperbuat daripada extract aloevera jugak..

Bawah ini contoh testimoni orang yang guna HERBALIFE EVERYDAY SOOTHING GEL ni untuk kegunaan kulit:

credit kepada blog adik ni..



eh, CHRISTIANO RONALDO pon consume HERBALIFE..
tu la sape cakap HERBALIFE untuk orang gemuk nak kurus je..CR ni bukan gemuk pon,player international yang berjaya lagi..
jangan risau side effect, sebab CR tak kan bahayakan diri untuk consume benda berisiko ni..
player ni suma ada insurance untuk PARTS OF THEIR BODY..so die pon consume dengan bahagianya..
HOW BOUT YOU?
INTERESTED????




contact me via fb: cik siti marsyitah, hotline:017-5016697








Monday 16 December 2013

Mengandung bersama Herbalife

Assalamualaikum..

Dah lama sangat tak upload sini..oh, busy la sangat kan..maklum la setelah menjadi suri rumah ni..baru nak bagi stabil kehidupan..hehe..


memorable sangat la kan..
 
 
Itu bukan benda yang nak diceritakan di sini..tapi bagaimana saya consume HERBALIFE semasa mengandung a.k.a preggy mommy nih..ada ramai mommy to be out there yang rasa takut nak consume HERBALIFE during their pregnancy..
 
 
Tu suma mitos ja..actually lagi bagus kita consume HERBALIFE masa pregnant ni sebab we give best nutrition to the baby from the start..basic nutrition pon ada dalam HERBALIFE FORMULA 1..
 
 


Sanggup ke nak cari 33 jenis sayur berlainan warna untuk di makan setiap hari?

Boleh ke nak cari makanan yang ada lebih kalsium dari 200g yogurt?

Boleh ke nak cari makanan yang ada 90 ke 250 kalori je?

Boleh ke?

Sanggup ke?


The best solution is, consuming HERBALIFE FORMULA 1 ni..ada lima flavour..saya da penah post mengenai produk ni bole check kat sini..

http://syitaherbalife.blogspot.com/2012/10/formula-1.html

Ini lah saya sekarang..7 month of pregnancy..

comel tak?hehhe..
 
 
So, saya share sikit la..apa jadual pemakanan saya masa mengandung..tapi berbeza dari setiap orang la..setiap orang ada taste dan maybe ada yang mengidam pelik-pelik ke..tapi alhamdulilah saya tak de la teringin benda pelik-pelik..
 
 
Saya penah terdengar ada orang cakap 'masa mengandung ni masa untuk makan dengan hebat a.k.a gemuk pon tak pe'..but actually tak bole gemuk yang overdose..nurse akan mula membebel bila tengok meter penimbang tu banyak sangat..reason? nanti susah nak push masa deliver (nurse la yang bagi taw camni,harap betul la info ni)..
 
 
Sebenarnya, bila mengandung, ibu tu hanya makan 10% more than usual..yang kerap terjadi (sama la saya pon) ---> cepat lapar..bila cepat lapar, tak kan la nak makan junk foods? Sian kat baby, makan benda tak bagus..
 
 
alolo..jangan nangis..
 
 
Here is my schedule (it maybe vary to others)
 
 
> breakfast - shake 1 liter Herbalife formula 1 dengan sekali bancuh
                                                             or
                      shake 500 ml pagi dan 500 ml around 10am
                                                             or
                      shake 500 ml pagi dan sayur (tak kisah la bergoreng atau rebus) around 10am
 
> lunch - as usual, seperti manusia biasa..bagi saya sekarang ni..lauk tu banyak sikit daripada biasa..maklum la 10% from usual meal..
 
> petang - around 5-7pm..selalunya akan makan sikit roti untuk alas perut sebelum sampai rumah..preggy mommy cepat lapar kan....
 
> dinner - sayur goreng or makan lauk (ayam or daging dengan potion yang sedikit) + shake Herbalife formula 1 500ml..
 
 
dan sudah semestinya minum air kosong dengan banyak..
 
Anybody out there yang rasa nak try shake, nak try hidup sihat, nak try kurus>> bole contact saya..
 
 
 
don't hesitate to contact me via fb: cik siti marysitah
                                                  hotline: 017-5016697 (wassup n call)
 
 



Wednesday 14 August 2013

Korea - 6D 5N - hari ketiga

Assalamualaikum..

Letih tunggu nak update ke Korea ni..hehe..bukan pe, banyak delay dengan keja la tanggungjawab la..tengok mood plak nak update dan bercerita ni..

Tapi mengenangkan orang yang tak pernah ke sana tu sure dok survey (macam saya dulu)..so wajarlah perkongsian ini dimanfaatkan..

ok, sambung hari ketiga kami di Korea...on 9th June 2013 la kan..

Kami keluar dalam jam 9.15am..suhu tu macam kita buka aircon 17C la..sejuk-sejuk nyaman gitu..kami nak melawat tempat bersejarah dan semua istana, muzium la..

Kami naik subway dari Itaewon > Samgakji > Seoul Station > Jogno 3-ga > then sampai ke Government Complex Seoul..situ la tempat nya, kira memang town la..

Sesampai ja di Gyeong Bok Gung Palace tu, saya da terdengar bunyi macam perarakan..ok, memang tepat pada masanya (11 am camtu la) ada pertukaran pengawal..pertukaran tu macam upacara zaman dahulu la, cuma sekarang ni ditonjolkan kepada pelancong..memang ramai la yang datang, even hari tu adalah hari bekerja untuk penduduk Korea..


Selepas habis pertukaran tu, pelakon-pelakon sana pon berkawal di pintu depan..tak bergerak even kita dok bergambar and gelak-gelak sebelah dia (sangat kayu)..then mereka ada time tertentu untuk keluar la..

Saya pon berjalan la dalam kawasan palace tu, tiba-tiba ada orang beratur belakang saya..eh, ak dok beratur ka? rupanya, saya berdiri dekat Q untuk cuba baju pengawal-pengawal tadi tu..ada la untuk lelaki dan perempuan..apa lagi, terus beratur dengan sabarnya..dan tadaaaa, hasilnya!

haha..baju free saiz ni...pakai 5 minit je, tapi da ber-sauna di dalam

Then kami pon berjalan la lagi..selain palace yang tadi tu ada lagi 5 ke 6 palace masuk ke dalam..nak masuk kena bayar KRW 3000 dalam RM9 la..kira dengan harga tu, boleh menjelajah sampai penghujung la..persoalannya, larat ka?hehe..kami pon berjalan separuh ja, tapi menarik sangat..kena melawat jugak..ada tasik tiba-tiba dalam kawasan tu..

Orang Korea dulu-dulu percaya buat palace tu ada tasik dan menghadap bukit, adalah suatu perkara yang baik la..then memang cantik la view die kan..

Habis jalan -jalan kat situ, betul-betul depan palace tu, ada town die..kebetulan hari yang kami sampai tu ada uptown la kita panggil..kt tengah pekan Seoul...bagi peminat cerita Korea, City Hunter tu, kat sini la hero dan heroin jumpa untuk first time tu..hehe..banyak sangat gerai kecil-kecil jual makanan, pakaian dan ada pertandingan band sekolah pulak..memang happening..

pic kiri: itu la yang termasuk dalam cerita City Hunter
pic kanan: orang yang bertanggungjawab memperkenalkan tulisan Korea

Even ramai orang dan banyak penjual, tapi kawasan situ tetap bersih..memang menjaga kebersihan sangat..ada satu anak sungai kecik kat tepi penjual tu..bersih taw..Masa yang kami sampai tu, ada ramai kanak-kanak main air pancutan macam dalam cerita Korea tu..sebijik cam tu la depa dok main kat sini..mybe theme park jauh kot, mai sini je la..

Then kami berjalan (lihat, kena banyak berjalan) ke muzium..


Ni War Memorial of Korea..banyak la ditunjukkan pembangunan selepas peperangan dan zaman kebangkitan..pic yang atas tu, satu Korea ditunjukkan dengan lampu LED..pic yang bawah, perusahaan kain ni berkembang daripada satu pekan kecil di Korea, tak ingat nama town tu..tapi banyak kilang tekstil terhasil dari situ la..

Jam dah menunjukkan 5 petang..masa yang sesuai untuk ke Seoul Tower atau pun nama glamor nya Namsan Tower..sebab ada shuttle bas ke sana, dia ada schedule la..then kami tunggu di tepi University (tak ingat nama pa), so dari situ naik bas ke atas..nak jalan kaki pon bole, cuma sangat letih la..hehe


If nampak je bas tu, bole tahan la..sebab dia memang menuju ke situ..pic bawah tu, masa dalam bas menuju ke puncak tower..tower tu tak la tinggi sangat cuma sebab kedudukan di atas bukit, sebab tu kita bole nampak bandar sekeliling..

pic kanan:pokok yang telah di lock dengan cinta..
pic kiri:the Seoul Tower

Bila sampai ja angin sepoi-sepoi bahasa, nyaman sangat..if ada sandwich panas-panas ni sedap la..hehe..ada banyak pokok yang di letakkan lock dan kata-kata cinta..ni sebahagian ja, di tepi tower tu ada banyak lagi..sampai berkarat la..lock tu boleh dibeli dalam gift shop dalam tower, dan bawa dari Msia pon ok jugak..


view from top

Kat sini ada Teddy Bear Museum..best la, tengok suma bear yang comel-comel..masuk kena bayaran 
KRW 14 000 dalam RM42 la seorang..then naik la sampai atas..ada 2 bahagian museum tu, bole tengok dua-dua sekali..

ni semua teddy bear yang bergerak, tunduk la, study la..comel!

rest kejap sebelum turun dari tower..bayar mahal kena la stay lama sikit..

Dari Namsan Tower tu kami beransur dan naik bas terus dari situ ke Itaewon..berjalan sampai letih + lebam..then dinner kat Turkish Restaurant..biasa la sepinggan RM30 ..tapi still ingat nasi berlauk Msia..hehe..


* wanna lost weight?maintain your body shape? or gain weight? ASK ME HOW!

dont hesitate to contact me via, fb: cik siti marsyitah
hotline:017-5016697






'suamiku siflis'

Assalamualaikum...

Selamat hari raya aidilfitri..masih lagi dalam syawal yg mulia nih..

tengok tajuk post ni rasa ngeri pulak kan..tapi saya nak share drpd penceritaan kakak saya..sadis, kesian, insaf dan macam-macam lagi emotion...

So, biarlah saya menamakan insan yang kuat diuji ini dengan nama Ira..Ira dilahirkan dalam keluarga yang sederhana..ayahnya seorang penjual apam balik di tepi jalan dan ibunya seorang suri rumah tangga..Ira adalah anak sulung daripada beberapa orang adik beradik..

Maknanya, Ira lah yang paling banyak berkorban dan bersusah demi adik-adiknya..takdir Ira bertemu dengan kakak saya..kakak saya seorang guru di sebuah sekolah dan Ira adalah pelajarnya..Ira seorang pelajar yang kuat berusaha dan rajin walaupun dalam keadaan keluarga yang serba kekurangan..




Saya boleh katakan yang ira kuat diuji kerana ayah dan ibunya tidak menitik beratkan soal pelajaran Ira, tetapi hanya bertanya mengenai kewangan nya..Ira antara pelajar yang layak mendapat biasiswa, jadi apabila bantuan biasiswa sampai, mula la ayahnya berfikir dan mengecat kereta (kereta yang sudah lama dan buruk) atau membeli barangan yang kurang penting..

Alangkah sedihnya hati Ira, namun kadangkala dia merelakan duit biasiswa nya dikorbankan untuk kepentingan yang seciput itu..kakak saya la yang banyak korek cerita dia ni..

Serba sedikit mengenai kisah keluarganya..setelah beberapa tahun..Ira bekerja di sebuah badan berkanun di utara tanah air..ok la untuk seorang pelajar berkelulusan diploma..alhamdulilah, berkat kesabaran dan ketekunan beliau..

Setelah itu, beliau bertemu dengan cinta hatinya dan terus melangsungkan perkahwinannya..Alhamdulilah, saya juga turut meraikan majlis nya yang gilang gemilang ( walaupun kurang berkemampuan, audio tetap hebat..hehe..)



Selang beberapa bulan, saya mendengar berita kurang (dan memang) tidak enak..beliau disahkan dijangkiti penyakit Siflis (Syphilis)..apa puncanya?

Siflis ialah penyakit kelamin yang berpunca dari seks bebas dan disebabkan oleh bakteria treponema pallidum..penyakit ni boleh berjangkit, jika pesakit melakukan hubungan seks bersama dengan pembawa atau pengidap penyakit tersebut..luaran memang nampak normal..tetapi hanya tuan badan yang mengetahui segalanya..

(google seniri untuk tengok pic pesakit, yg di atas ni selepas merebak ke seluruh badan)


Beliau bercerita dengan kakak saya, semenjak hari perkahwinannya, suami selalu keluar dan pulang pada lewat malam (1-2pagi)..alasannya berjumpa dengan kawan..suaminya bekerja sebagai sukarelawan di sebuah unit NGO..

Seorang isteri yang taat dan patuh, tidak banyak bersoal dan tetap melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri..namun panas tidak sampai ke petang..selepas 'bersama' dengan suami, Ira merasakan kelainan pada alat sulitnya..

Dirasakan pedih, kemerah-merahan dan ada benjolan kecil..sekejap ada sekejap hilang..tapi lama kelamaan, kesakitan itu bertambah, hinggalah sampai ke satu tahap..alat sulitnya mengeluarkan bau busuk, nanah dan dia tak dapat bergerak or even turun dari katil...(T_T)

Suami sudah mula tidak pulang ke rumah, ibu bapa??? tak ambil pusing pon..dan hanya cakap, biasa la orang baru kahwin..sedihhh sangat, ibu bapa sepatutnya tempat bergantung, tetapi tidak memberikan sebarang bantuan..

Selama beberapa lama terlantar begitu (tanpa mengambil sebarang ubat),apabila Ira rasa sihat sikit, beliau akan keluar dan berjumpa doktor..perjalanan hidupnya saya rasa penuh onak dan duri, beliau berdikari dalam semua hal..

Sekarang, ira dalam proses perceraian dengan bekas suaminya..namun, lelaki itu tak muncul di mahkamah untuk melafazkan cerai..subhanallah, tolong la ringankan beban ira ni, berilah kerjasama..ini kali kedua bekas suami itu tak hadir ke mahkamah..dan kes ini ditangguhkan hingga september..

Proses yang sengaja dilengahkan itu menyebabkan kesulitan pada ira..jika statusnya janda, maka perlu la ada surat cerai..tapi proses yang lambat..

Ya ALLAH, semoga engkau permudahkan perjalanan hidup Ira ini..banyak dugaan yang ditempuhinya..pasti ada hikmah dan ganjaran yang disediakan ALLAH untuk hambanya yang banyak diuji..

Saya tidak mengenali Ira dengan rapat, sumber cerita ini dari kakak saya..tapi saya rasa terpanggil untuk berkongsi di sini..pengajarannya:

> pilihlah bakal suami yang boleh mendidik ke arah jalan yang diredhai

> berdoalah selalu agar jodoh ini yang terbaik

> berserah pada dugaan dan ketentuan ALLAH

> tawakal kerana ALLAH tahu yang terbaik untuk hambanya

Mungkin Ira tidak bahagia sekarang, tapi rancangan ALLAH yang terbaik..semoga dipermudahkan segalanya..

Doa dari kejauhan,
Puan Cici

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Thursday 18 July 2013

Korea 6D 5N - hari kedua

Assalamualaikum...

Puasa tak? hari ni dah masuk hari ke-6 kita berpuasa.. alhamdulillah, atas izin Nya..kita masih boleh meneruskan kewajiban kita..(insaf sikit..hehe)

Dalam entry ni, saya nak share hari kedua kami di Korea yang best tu..lama kan nak update? ye la sibuk dengan pelbagai tanggungjawab..hehe

on 8th June 2013..kami planning ke Nami Island, Chuncheon, South Korea..Nami Island ni sebuah pulau di hujung Han River dan sangat terkenal dengan drama Winter Sonata..even drama tu dah lama tayang, tapi banyak lagi memories dalam film tu yang depa kekalkan di pulau tersebut..

Nami Island ni kira tempat wojib dikunjungi if sampai ke Korea nih..tahap nya bawah sikit dari Jeju Island yang jadi tempat penggambaran Boys Over Flower yang ada Lee Min Ho berlakon tu..hehe...Kawasan Nami Island ni arround 5km..seronok berjalan sampai tak rasa pon 5km..ehehe

Kami keluar awal pagi tu jam 7.15am menuju ke subway yg agak dekat dengan guest house tu..exited sebab ni first place nak melawat kat Korea ni..kami dari Itaewon > Yaksu (transfer line subway) > Insadong then berjalan kali ke Tanpol Park..

Tanpol Park ni pon pusat kebudayaan Korea, kami sampai awal pagi so masih tak de ramai orang..tapi ,memang kawasan yang tenang dan ramai ahjussi yang bersenam macam situasi kat Msia jugak..

ni pintu luar Tanpol Park tu..dibuka kepada orang awam..free je..


Di Tanpol Park tu kami tunggu bas ke Nami Island..hanya ada satu trip dari Tanpol Park ke Nami Island sebab journey dalam 2 jam macam tu..so, dari jam 9.30 am bertolak dan sampai dalam lunch hour..balik pulak dalam kol 4pm tu berkumpul kat bas ni..

Kami ni tanpa usul periksa terus tunggu bas tu..rupa-rupanya kena pre-book dulu sebelum naik...book kat mana? internet kata driver bas tu..eh, series kami tak taw pon..so, dok berharap ada orang yang tak pi, so bole la duduk di seat tu..

town area di Tanpol Park..


Alhamdulilah, tunggu punya tunggu..ada jugak seat kosong, bukan kami ja yang jadi camtu,ramai gak orang yg tak taw and terus terkam ke bas itu..so, is uols nak ke sana, make sure booking awal..Korean pi ke Nami Island tu bawa bekal untuk berkelah sekali..maklumla, hari cuti memang nak relaks dengan family..



Tiket dikira pergi balik dengan bas tu dan entrance ke Nami Island..pada tahun 2006, Nami Island tu diiktiraf seperti sebuah negeri dengan nama Nami Nara Republic...nak masuk kena ada visa, tapi kos tiket dan visa tu RM 16,500KRW..

Sampai je sana, kena tunggu feri ke situ..even ramai orang, tapi kejap je naik feri tu..feri tu cantik dan selesa la jugak, ada aircond lagik..tak sampai 20 minit, da sampai Nami Island..sebaik tiba, kami lunch dulu..ye la dah lapar and memang lunch hour time tu..lepas makan sikit..kami terus berjalan..

kiri:sebelum naik feri..
kanan: da sampai di Nami Island..orang di belakang tu dah nak naik feri untuk balik ke tanah besar

Yang famous di sini ialah view pokok-pokok yang menarik dan superb tu..Subhanallah...cantik and rasa nak bergambar ja dengan semua pokok tu..hehe...rasa romantis lah, bila pi dengan yang tersayang..hehhe...suma orang kena pi la camni..

 Subhanallah!
ukiran kayu yg menggambarkan cerita winter sonata..kreatif!

suasana di sana

Untuk tidak meletihkan anda berjalan kaki,boleh jugak tour dengan train yang di sediakan..sejauh 1km..dan tiket untuk sehala..nak patah balik beli la tiket sekali lagi..tapi kami amik sehala ja, nanti boleh berjalan nak tengok-tengok tempat..


tiket harga 2,000 KRW dalam rm 6 camtu la..

tempat wajib jugak la untuk bergambar..jenuh tunggu turn nak snap picture..yang atas tu, pic kenangan Winter Sonata yand di framekan..

Kat sana ada surau taw..ingat kan tak dak..mybe da ramai pelancong muslim kan..bole jalan terus dlm tu, then nampak yellow building, musolla will be on second floor...ada library dlam tu..cantik arrangement dia..


musolla tu la..tp lgi selesa if bw telekong seniri..ni open sket utk lelaki dan perempuan..

Kiranya kami menjelajah Pulau Nami tu la..letih sikit dan seronok yang best tu..hehe..masa tu ada camp apa ntah, so ada ramai pemuda pemudi la..meriah sangat la masa tu..

Malamnya, kami pon berjalan area Itaewon, sempat la tengok suasana malam..then dinner di Pasha,Turkish Restaurant..yang tak seberapa tapi dalam rm50-60 tu wajib abes untuk 2 orang..kami makan nasi yang 'seroi'..orang utara cakap seroi, tapi dalam bahasa bakunya macam nasi tu tak bersatu la..hehe..
kesimpulannya, tak berapa nak menepati citarasa la..

atas:makcik jual kimchi dan adik goreng karipap kot..tengok je, rasa macam nak try tapi muak depa serius..tak jadi nak beli..ehee..
bawah: sebiji tembikai kat sana 15,000 KRW= RM45..hah! hambik kau, kat Padang Serai boleh dapat rm5 3 biji tembikai..hehe...


Yang penting bila travel, sediakan minyak panas nak urut kaki malam-malam..sebab letih berjalan..hehe..


Wednesday 10 July 2013

Korea - 6D 5N - hari pertama

Assalamualaikum...

Selamat menyambut Ramadhan lagi pada tahun ini..hope dis year akan lebih bermakna dan bertingkatnya amalan kita..intro mesti berdakwah sket..hehe..

Entry ni nak share hari-hari saya di Korea..sebab sebelum saya ke sana pon, saya banyak refer blog orang yang dah ke sana..so, harap entry ni dapat bantu la serba sedikit..

So, cerita ni adalah bermula dari first day di sana la..suhu dalam 26 Celsius sebijik macam kat malaysia,tapi dia rasa angin sejuk..kira masa turun flight tu rasa nyaman ja, even matahari terpacak..

rupa Incheon Airport tu - ihsan google..


Flight dri Msia ke Incheon on 7th (Jumaat) jam 8.00am..so, kami tak nak rushing pada hari kejadian..so, stay kat KL on khamis tu la..kat Ancasa Express Pudu..bole la, tak mahal sangat.. sebab nak stay sat ja..RM130 per nite..

Sampai KL jalan-jalan kejap, then arrange luggage nak ke airport la..pagi subuh yang hening tu, on 7th tu la..around 4.00 am dah naik Star Shuttle yang memang menuju ke LCCT..RM 12 seorang..bole la harga tu, daripada naik cab. sure la mahal sebab di kira malam lagi and jauh kot dari pudu ke LCCT tu..tunggu kat depan Mydin tu, then sampai la basnye...




Cik Cici ni first time jalan keluar dari Malaysia tanah air ku..so, memang mengikuti je la cakap husband dan banyak soalan yg diajukan..hehe..

Setelah itu, kami check in around 6.30am..sambil tu solat subuh (wojib) dan makan sandwich yang dikongsi bersama..walaupun rasa exited nak bejalan sampai tak mo makan..hehe..

Abes lepak kat situ, selepas check suma..berjalan la rombongan cik kiah menuju ke Air Asia yang dah park tu..kami board jam 8.00am..Lenguh la kan, sebab 7 jam lebih dalam tu..memang angan-angan nak naik flight kan..jadi nah 7 jam bersiar-siar sampai kaki kejong..hehhe..

Encik suami saya ingat dah book makan, kita pon tunggu la..tengok-tengok tak beli pon..bole je la beli atas tu..RM40 la jugak..tu pon rasa tak kenyang sangat..hehe...

Sampai di negara Lee Min Ho tu jam 3.15pm (jam Korea) masa Msia 2.15pm..kira Korea awal sejam je la..alhamdulilah tak jet lag..lega sangat sebab husband risau jadi camtu..maklum la first time fly nih..thanks dear!

pic yang bawah ni adalah macam pejalan kaki punya terowong, if di Msia kita jalan atas tar tu..


Sampai Incheon tu terus senyum lebar..dalam hati cakap "ok, aku da sampai sini!"..hehe..then naik train untuk amik luggage..train tu datang selang 5 minutes..so, tak yah risau la kena tinggal..


Lepas amik luggage and imigresen tu, keluar la untuk membeli T-money card di 7-E..kat sana guna itu lah untuk naik public transport..if tak beli susah la..kami pon beli sorang RM100 dalam card tu..dlm 352,000 KRW la jugak..actually banyak sangat beli tu, kami tak tau nak agak..so, balik Msia pon ada balance RM60 dalam tu..huhu..

terus capai tourist info flyers, senang nak jalan nanti..yang ungu tu T-Money card


Setelah itu, cari limousine bus ke Itaewon..itu tempat menginap kami la..tunggu la bas kat situ..ada la ahjussi dok jaga n tanya kita nak p mana..tak risau sangat la..naik bus 6030 dengan kos 15,000KRW..rupanya bus tu stop-stop..jadi perjalanan amik masa 2 jam..eeeeee...tapi tak pa la, bole tengok-tengok kawasan..

beratur sebelum naik, even bus tak sampai lagi..beratur ja..


Then terus kan cari guest house kami iaitu Iness Inn..sebelum ke Korea lagi, kami da survey tempat mana nak stay, so dah bayar half duit penginapan..mulanya rasa risau satgi rumah tu tak wujud ka kena tipu ka..tapi yang buat lega sebab kami deal dengan orang melayu nama En. Fariq tu..suma sekali kos untuk 6hari 5 malam tu RM700..di Msia da byr RM350..sampai di Korea bayar balance dalam KRW (won)..

yang atas tu kira pemandangan di jalanan la..ada banyak gak pic yang sempat snap..


Sampai tu rest kejap..sebab letih naik bukit nak ke Iness Inn tu..tempat sana memang berbukit pon..jadi untuk orang yang jarang work out ni rasa macam nak heret kaki ja..huhu..sebelum travel tu, pastikan stamina cukup..

Malam tu, kami round area Itaewon..tengok suasana malam, if jalan dengan girls memang tak jalan dah..ni ada bodyguard bole la..ternampak Eja dan Hairul Fear Factor tu..datang shooting agaknya..

Ni baru first day kat sana..semangat nak cerita ni..panjang plak entry ni..ok la nantikan hari seterusnya..

* eh, i'm herbalife independent distributor..lost 6kg in 3 month, fair n glowing skin, reshape your shape..



don't hesitate to contact me via fb: cik siti marsyitah, also tweet me: @cik_syitah
hotline:017-5016697..


Wednesday 3 July 2013

persediaan ke Korea

Assalamualaikum..

setelah berpeluang mencurik masa nih..rasa melonjak-lonjak nak update kat blog..ye la, kite ni keja macam-macam..jenuh cari free time..hehe..so, entry ni nak share preparation saya di negara Lee Min Ho (a.k.a x-bf)..hehe…


PREPARATION

1 – booked ticket..

Haa…ini yang paling penting..if tak book tix, cane nak melangkah maju..saya pon booked awal 6 bulan..dalam bulan Disember gitu..tapi nak book lambat pon tak pe, tak de diskaun sangat la..masa tu tunang (sekarang suami la), die yang rajin buka website Air Asia nih..

So terjumpa promo AA, rm 1864 untuk pergi balik for two persons..kire sorang dalam rm 932 la kan..itu yang paling murah..masa tu musim panas, memang la murah..if winter ka autumn ka harga lagi mahal la..


Janji bole jalan-jalan kannnn…hehe..if sesapa yang berniat nak jalan-jalan tu, selalu la view tix flight..tapi bila sekali p jalan-jalan ni, rasa teringin nak p tempat len..ho chi minh? Osaka? Bali? Hehe….

2 – passport

Ini wajar la ada, memandangkan anda akan melangkah keluar..saya buat masa cuti sekolah..awal dua bulan sebelum fly..awal tak pe, sebab nak beratur buat passport pon da satu hal..rammmmmaaaaiii sangat orang kt imigresen tu..kena sabar la ye..

Saya buat rm100 untuk 3 tahun..jadi la tu..bukan selalu jalan sangat..bagi yang baru nak buat passport, sediakan 2 keping pic anda yang latest..

3 – tukar duit

Perkara ni saya buat masa lagi sehari dua nak g sana..sebab rate untuk won korea ni lebih kurang ja..so hari tu saya tukar dgn rate 352 won..kire macam duit ringgit ni lagi tinggi dari won korea la..tapi harga barang kt Korea mahal-mahal..

So, masa tu kami tukar around rm 4000 dan dapat berjuta-juta won la..sebab kita rm1 tu paling kurang kan, kat sana 1000 won..bila nak beli barang tu selalu mudahnya darab dengan 3.52..

ni 10,000 KRW sama dengan rm35 camtu la..

Untuk orang yang tak mo kira teruk-teruk, anggap ja suma barang kat sana darab dengan 3, itu la harga barang ikut ringgit..ok tak tips ni?hehe..ok la, bukan senang nak darab ribu-ribu won tu..

4 – pack barang

Ni pon satu masalah if tak berapa pandai nak pack barang..beg akan jadi besar sangat, luggage excess la apa la..untuk luggage yg nak di muatkan dalam perut flight tu max dalam 15-20kg je..if adik AA kt kaunter tu tutup mata setakat lebih sekilo tak pe la..if not, sedia la untuk bayar extra..

Tapi selalunya, masa nak fly ni barang tak lebih..nak balik nanti baru la excess..shopping la kannn…so, utk saya yang tak penah keluar ni..selalu dok letak hand cream la, perfume la dlm hand bag..bila check nanti, suma tu kena buang sia-sia ja..

So benda-benda liquid tu suma, boh dalam luggage..yg dlm hand bag tu, sy bawa miniature perfume tu + lip refiner spf 15 Herbalife (sebab tak mo lips kering masa fly) + compact powder..itu pon bungkuih dalam plastic sket..so, tak kena campak dlm tong sampah la..nanti hand cream wangi-wangi tu suma kena buang, sayang la..


Masa saya p tu, suami galas back pack n saya ber-hand bag ja..balik nanti baru saya pon ada back pack..tapi medium ja,lenguh bahu..

5 – kasut yang sesuai..

Hah, Nampak cam kecik ja benda ni kan…tapi sangat benar…saya g sana bawa 3 jenis kasut..crocs heel + crocs leper + selipar Jepun..heel tu sebab nak bagi nampak sama tinggi dengan husband..crocs leper tu bila da letih jalan dan selipar Jepun tu untuk jalan malam-malam..hehee…

Tapi muka bumi Korea ni berbukit bukau,sedia la menapak kan kaki anda..bole tahan lenguh dan melecet gak la..tu pasal orang Korea ni kurus-kurus suma..asik naik bukit ja..memang pro la if drive kat sini..hehe..

If ada sport shoes lagi bagus la..tapi saya tak bawa pon..g Nami Island dengan heel ok, jalan2 serata pulau tu..(rasa cam tak caya bole buat camtu..hehe) perlu kan ketabahan dan semangat untuk nampak cantik walau di mana berada..

exactly like mine..heel ke camni? hentam la..
6 - medicine

Ni pon sangat penting..saya ni tak pikir sangat pasal ubat ni..da lost nak travel ja..suami la yang remind suma ni..rupanya saya demam malam kat sana, batuk kat sana..sampai la balik Malaysia..

so, bab ni tak boleh di pandang ringan, even kat sana ada pharmacy, tapi mampu ke nak cari kedai and bergaduh nak ubat demam dengan korean?? lebih baik bawa sendiri..tapi saya tak la jet lag, cuma pening-pening dan batuk..


 > cane first day saya kat Korea tu?? nanti say update yer..

dotn hesitate to contact me via fb: cik siti marsyitah ,also tweet me:@cik_syitah
hotline:017-5016697..