Thursday 18 July 2013

Korea 6D 5N - hari kedua

Assalamualaikum...

Puasa tak? hari ni dah masuk hari ke-6 kita berpuasa.. alhamdulillah, atas izin Nya..kita masih boleh meneruskan kewajiban kita..(insaf sikit..hehe)

Dalam entry ni, saya nak share hari kedua kami di Korea yang best tu..lama kan nak update? ye la sibuk dengan pelbagai tanggungjawab..hehe

on 8th June 2013..kami planning ke Nami Island, Chuncheon, South Korea..Nami Island ni sebuah pulau di hujung Han River dan sangat terkenal dengan drama Winter Sonata..even drama tu dah lama tayang, tapi banyak lagi memories dalam film tu yang depa kekalkan di pulau tersebut..

Nami Island ni kira tempat wojib dikunjungi if sampai ke Korea nih..tahap nya bawah sikit dari Jeju Island yang jadi tempat penggambaran Boys Over Flower yang ada Lee Min Ho berlakon tu..hehe...Kawasan Nami Island ni arround 5km..seronok berjalan sampai tak rasa pon 5km..ehehe

Kami keluar awal pagi tu jam 7.15am menuju ke subway yg agak dekat dengan guest house tu..exited sebab ni first place nak melawat kat Korea ni..kami dari Itaewon > Yaksu (transfer line subway) > Insadong then berjalan kali ke Tanpol Park..

Tanpol Park ni pon pusat kebudayaan Korea, kami sampai awal pagi so masih tak de ramai orang..tapi ,memang kawasan yang tenang dan ramai ahjussi yang bersenam macam situasi kat Msia jugak..

ni pintu luar Tanpol Park tu..dibuka kepada orang awam..free je..


Di Tanpol Park tu kami tunggu bas ke Nami Island..hanya ada satu trip dari Tanpol Park ke Nami Island sebab journey dalam 2 jam macam tu..so, dari jam 9.30 am bertolak dan sampai dalam lunch hour..balik pulak dalam kol 4pm tu berkumpul kat bas ni..

Kami ni tanpa usul periksa terus tunggu bas tu..rupa-rupanya kena pre-book dulu sebelum naik...book kat mana? internet kata driver bas tu..eh, series kami tak taw pon..so, dok berharap ada orang yang tak pi, so bole la duduk di seat tu..

town area di Tanpol Park..


Alhamdulilah, tunggu punya tunggu..ada jugak seat kosong, bukan kami ja yang jadi camtu,ramai gak orang yg tak taw and terus terkam ke bas itu..so, is uols nak ke sana, make sure booking awal..Korean pi ke Nami Island tu bawa bekal untuk berkelah sekali..maklumla, hari cuti memang nak relaks dengan family..



Tiket dikira pergi balik dengan bas tu dan entrance ke Nami Island..pada tahun 2006, Nami Island tu diiktiraf seperti sebuah negeri dengan nama Nami Nara Republic...nak masuk kena ada visa, tapi kos tiket dan visa tu RM 16,500KRW..

Sampai je sana, kena tunggu feri ke situ..even ramai orang, tapi kejap je naik feri tu..feri tu cantik dan selesa la jugak, ada aircond lagik..tak sampai 20 minit, da sampai Nami Island..sebaik tiba, kami lunch dulu..ye la dah lapar and memang lunch hour time tu..lepas makan sikit..kami terus berjalan..

kiri:sebelum naik feri..
kanan: da sampai di Nami Island..orang di belakang tu dah nak naik feri untuk balik ke tanah besar

Yang famous di sini ialah view pokok-pokok yang menarik dan superb tu..Subhanallah...cantik and rasa nak bergambar ja dengan semua pokok tu..hehe...rasa romantis lah, bila pi dengan yang tersayang..hehhe...suma orang kena pi la camni..

 Subhanallah!
ukiran kayu yg menggambarkan cerita winter sonata..kreatif!

suasana di sana

Untuk tidak meletihkan anda berjalan kaki,boleh jugak tour dengan train yang di sediakan..sejauh 1km..dan tiket untuk sehala..nak patah balik beli la tiket sekali lagi..tapi kami amik sehala ja, nanti boleh berjalan nak tengok-tengok tempat..


tiket harga 2,000 KRW dalam rm 6 camtu la..

tempat wajib jugak la untuk bergambar..jenuh tunggu turn nak snap picture..yang atas tu, pic kenangan Winter Sonata yand di framekan..

Kat sana ada surau taw..ingat kan tak dak..mybe da ramai pelancong muslim kan..bole jalan terus dlm tu, then nampak yellow building, musolla will be on second floor...ada library dlam tu..cantik arrangement dia..


musolla tu la..tp lgi selesa if bw telekong seniri..ni open sket utk lelaki dan perempuan..

Kiranya kami menjelajah Pulau Nami tu la..letih sikit dan seronok yang best tu..hehe..masa tu ada camp apa ntah, so ada ramai pemuda pemudi la..meriah sangat la masa tu..

Malamnya, kami pon berjalan area Itaewon, sempat la tengok suasana malam..then dinner di Pasha,Turkish Restaurant..yang tak seberapa tapi dalam rm50-60 tu wajib abes untuk 2 orang..kami makan nasi yang 'seroi'..orang utara cakap seroi, tapi dalam bahasa bakunya macam nasi tu tak bersatu la..hehe..
kesimpulannya, tak berapa nak menepati citarasa la..

atas:makcik jual kimchi dan adik goreng karipap kot..tengok je, rasa macam nak try tapi muak depa serius..tak jadi nak beli..ehee..
bawah: sebiji tembikai kat sana 15,000 KRW= RM45..hah! hambik kau, kat Padang Serai boleh dapat rm5 3 biji tembikai..hehe...


Yang penting bila travel, sediakan minyak panas nak urut kaki malam-malam..sebab letih berjalan..hehe..


No comments:

Post a Comment