Wednesday 14 August 2013

'suamiku siflis'

Assalamualaikum...

Selamat hari raya aidilfitri..masih lagi dalam syawal yg mulia nih..

tengok tajuk post ni rasa ngeri pulak kan..tapi saya nak share drpd penceritaan kakak saya..sadis, kesian, insaf dan macam-macam lagi emotion...

So, biarlah saya menamakan insan yang kuat diuji ini dengan nama Ira..Ira dilahirkan dalam keluarga yang sederhana..ayahnya seorang penjual apam balik di tepi jalan dan ibunya seorang suri rumah tangga..Ira adalah anak sulung daripada beberapa orang adik beradik..

Maknanya, Ira lah yang paling banyak berkorban dan bersusah demi adik-adiknya..takdir Ira bertemu dengan kakak saya..kakak saya seorang guru di sebuah sekolah dan Ira adalah pelajarnya..Ira seorang pelajar yang kuat berusaha dan rajin walaupun dalam keadaan keluarga yang serba kekurangan..




Saya boleh katakan yang ira kuat diuji kerana ayah dan ibunya tidak menitik beratkan soal pelajaran Ira, tetapi hanya bertanya mengenai kewangan nya..Ira antara pelajar yang layak mendapat biasiswa, jadi apabila bantuan biasiswa sampai, mula la ayahnya berfikir dan mengecat kereta (kereta yang sudah lama dan buruk) atau membeli barangan yang kurang penting..

Alangkah sedihnya hati Ira, namun kadangkala dia merelakan duit biasiswa nya dikorbankan untuk kepentingan yang seciput itu..kakak saya la yang banyak korek cerita dia ni..

Serba sedikit mengenai kisah keluarganya..setelah beberapa tahun..Ira bekerja di sebuah badan berkanun di utara tanah air..ok la untuk seorang pelajar berkelulusan diploma..alhamdulilah, berkat kesabaran dan ketekunan beliau..

Setelah itu, beliau bertemu dengan cinta hatinya dan terus melangsungkan perkahwinannya..Alhamdulilah, saya juga turut meraikan majlis nya yang gilang gemilang ( walaupun kurang berkemampuan, audio tetap hebat..hehe..)



Selang beberapa bulan, saya mendengar berita kurang (dan memang) tidak enak..beliau disahkan dijangkiti penyakit Siflis (Syphilis)..apa puncanya?

Siflis ialah penyakit kelamin yang berpunca dari seks bebas dan disebabkan oleh bakteria treponema pallidum..penyakit ni boleh berjangkit, jika pesakit melakukan hubungan seks bersama dengan pembawa atau pengidap penyakit tersebut..luaran memang nampak normal..tetapi hanya tuan badan yang mengetahui segalanya..

(google seniri untuk tengok pic pesakit, yg di atas ni selepas merebak ke seluruh badan)


Beliau bercerita dengan kakak saya, semenjak hari perkahwinannya, suami selalu keluar dan pulang pada lewat malam (1-2pagi)..alasannya berjumpa dengan kawan..suaminya bekerja sebagai sukarelawan di sebuah unit NGO..

Seorang isteri yang taat dan patuh, tidak banyak bersoal dan tetap melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri..namun panas tidak sampai ke petang..selepas 'bersama' dengan suami, Ira merasakan kelainan pada alat sulitnya..

Dirasakan pedih, kemerah-merahan dan ada benjolan kecil..sekejap ada sekejap hilang..tapi lama kelamaan, kesakitan itu bertambah, hinggalah sampai ke satu tahap..alat sulitnya mengeluarkan bau busuk, nanah dan dia tak dapat bergerak or even turun dari katil...(T_T)

Suami sudah mula tidak pulang ke rumah, ibu bapa??? tak ambil pusing pon..dan hanya cakap, biasa la orang baru kahwin..sedihhh sangat, ibu bapa sepatutnya tempat bergantung, tetapi tidak memberikan sebarang bantuan..

Selama beberapa lama terlantar begitu (tanpa mengambil sebarang ubat),apabila Ira rasa sihat sikit, beliau akan keluar dan berjumpa doktor..perjalanan hidupnya saya rasa penuh onak dan duri, beliau berdikari dalam semua hal..

Sekarang, ira dalam proses perceraian dengan bekas suaminya..namun, lelaki itu tak muncul di mahkamah untuk melafazkan cerai..subhanallah, tolong la ringankan beban ira ni, berilah kerjasama..ini kali kedua bekas suami itu tak hadir ke mahkamah..dan kes ini ditangguhkan hingga september..

Proses yang sengaja dilengahkan itu menyebabkan kesulitan pada ira..jika statusnya janda, maka perlu la ada surat cerai..tapi proses yang lambat..

Ya ALLAH, semoga engkau permudahkan perjalanan hidup Ira ini..banyak dugaan yang ditempuhinya..pasti ada hikmah dan ganjaran yang disediakan ALLAH untuk hambanya yang banyak diuji..

Saya tidak mengenali Ira dengan rapat, sumber cerita ini dari kakak saya..tapi saya rasa terpanggil untuk berkongsi di sini..pengajarannya:

> pilihlah bakal suami yang boleh mendidik ke arah jalan yang diredhai

> berdoalah selalu agar jodoh ini yang terbaik

> berserah pada dugaan dan ketentuan ALLAH

> tawakal kerana ALLAH tahu yang terbaik untuk hambanya

Mungkin Ira tidak bahagia sekarang, tapi rancangan ALLAH yang terbaik..semoga dipermudahkan segalanya..

Doa dari kejauhan,
Puan Cici

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

No comments:

Post a Comment