Wednesday 14 August 2013

Korea - 6D 5N - hari ketiga

Assalamualaikum..

Letih tunggu nak update ke Korea ni..hehe..bukan pe, banyak delay dengan keja la tanggungjawab la..tengok mood plak nak update dan bercerita ni..

Tapi mengenangkan orang yang tak pernah ke sana tu sure dok survey (macam saya dulu)..so wajarlah perkongsian ini dimanfaatkan..

ok, sambung hari ketiga kami di Korea...on 9th June 2013 la kan..

Kami keluar dalam jam 9.15am..suhu tu macam kita buka aircon 17C la..sejuk-sejuk nyaman gitu..kami nak melawat tempat bersejarah dan semua istana, muzium la..

Kami naik subway dari Itaewon > Samgakji > Seoul Station > Jogno 3-ga > then sampai ke Government Complex Seoul..situ la tempat nya, kira memang town la..

Sesampai ja di Gyeong Bok Gung Palace tu, saya da terdengar bunyi macam perarakan..ok, memang tepat pada masanya (11 am camtu la) ada pertukaran pengawal..pertukaran tu macam upacara zaman dahulu la, cuma sekarang ni ditonjolkan kepada pelancong..memang ramai la yang datang, even hari tu adalah hari bekerja untuk penduduk Korea..


Selepas habis pertukaran tu, pelakon-pelakon sana pon berkawal di pintu depan..tak bergerak even kita dok bergambar and gelak-gelak sebelah dia (sangat kayu)..then mereka ada time tertentu untuk keluar la..

Saya pon berjalan la dalam kawasan palace tu, tiba-tiba ada orang beratur belakang saya..eh, ak dok beratur ka? rupanya, saya berdiri dekat Q untuk cuba baju pengawal-pengawal tadi tu..ada la untuk lelaki dan perempuan..apa lagi, terus beratur dengan sabarnya..dan tadaaaa, hasilnya!

haha..baju free saiz ni...pakai 5 minit je, tapi da ber-sauna di dalam

Then kami pon berjalan la lagi..selain palace yang tadi tu ada lagi 5 ke 6 palace masuk ke dalam..nak masuk kena bayar KRW 3000 dalam RM9 la..kira dengan harga tu, boleh menjelajah sampai penghujung la..persoalannya, larat ka?hehe..kami pon berjalan separuh ja, tapi menarik sangat..kena melawat jugak..ada tasik tiba-tiba dalam kawasan tu..

Orang Korea dulu-dulu percaya buat palace tu ada tasik dan menghadap bukit, adalah suatu perkara yang baik la..then memang cantik la view die kan..

Habis jalan -jalan kat situ, betul-betul depan palace tu, ada town die..kebetulan hari yang kami sampai tu ada uptown la kita panggil..kt tengah pekan Seoul...bagi peminat cerita Korea, City Hunter tu, kat sini la hero dan heroin jumpa untuk first time tu..hehe..banyak sangat gerai kecil-kecil jual makanan, pakaian dan ada pertandingan band sekolah pulak..memang happening..

pic kiri: itu la yang termasuk dalam cerita City Hunter
pic kanan: orang yang bertanggungjawab memperkenalkan tulisan Korea

Even ramai orang dan banyak penjual, tapi kawasan situ tetap bersih..memang menjaga kebersihan sangat..ada satu anak sungai kecik kat tepi penjual tu..bersih taw..Masa yang kami sampai tu, ada ramai kanak-kanak main air pancutan macam dalam cerita Korea tu..sebijik cam tu la depa dok main kat sini..mybe theme park jauh kot, mai sini je la..

Then kami berjalan (lihat, kena banyak berjalan) ke muzium..


Ni War Memorial of Korea..banyak la ditunjukkan pembangunan selepas peperangan dan zaman kebangkitan..pic yang atas tu, satu Korea ditunjukkan dengan lampu LED..pic yang bawah, perusahaan kain ni berkembang daripada satu pekan kecil di Korea, tak ingat nama town tu..tapi banyak kilang tekstil terhasil dari situ la..

Jam dah menunjukkan 5 petang..masa yang sesuai untuk ke Seoul Tower atau pun nama glamor nya Namsan Tower..sebab ada shuttle bas ke sana, dia ada schedule la..then kami tunggu di tepi University (tak ingat nama pa), so dari situ naik bas ke atas..nak jalan kaki pon bole, cuma sangat letih la..hehe


If nampak je bas tu, bole tahan la..sebab dia memang menuju ke situ..pic bawah tu, masa dalam bas menuju ke puncak tower..tower tu tak la tinggi sangat cuma sebab kedudukan di atas bukit, sebab tu kita bole nampak bandar sekeliling..

pic kanan:pokok yang telah di lock dengan cinta..
pic kiri:the Seoul Tower

Bila sampai ja angin sepoi-sepoi bahasa, nyaman sangat..if ada sandwich panas-panas ni sedap la..hehe..ada banyak pokok yang di letakkan lock dan kata-kata cinta..ni sebahagian ja, di tepi tower tu ada banyak lagi..sampai berkarat la..lock tu boleh dibeli dalam gift shop dalam tower, dan bawa dari Msia pon ok jugak..


view from top

Kat sini ada Teddy Bear Museum..best la, tengok suma bear yang comel-comel..masuk kena bayaran 
KRW 14 000 dalam RM42 la seorang..then naik la sampai atas..ada 2 bahagian museum tu, bole tengok dua-dua sekali..

ni semua teddy bear yang bergerak, tunduk la, study la..comel!

rest kejap sebelum turun dari tower..bayar mahal kena la stay lama sikit..

Dari Namsan Tower tu kami beransur dan naik bas terus dari situ ke Itaewon..berjalan sampai letih + lebam..then dinner kat Turkish Restaurant..biasa la sepinggan RM30 ..tapi still ingat nasi berlauk Msia..hehe..


* wanna lost weight?maintain your body shape? or gain weight? ASK ME HOW!

dont hesitate to contact me via, fb: cik siti marsyitah
hotline:017-5016697






No comments:

Post a Comment