Wednesday 3 July 2013

persediaan ke Korea

Assalamualaikum..

setelah berpeluang mencurik masa nih..rasa melonjak-lonjak nak update kat blog..ye la, kite ni keja macam-macam..jenuh cari free time..hehe..so, entry ni nak share preparation saya di negara Lee Min Ho (a.k.a x-bf)..hehe…


PREPARATION

1 – booked ticket..

Haa…ini yang paling penting..if tak book tix, cane nak melangkah maju..saya pon booked awal 6 bulan..dalam bulan Disember gitu..tapi nak book lambat pon tak pe, tak de diskaun sangat la..masa tu tunang (sekarang suami la), die yang rajin buka website Air Asia nih..

So terjumpa promo AA, rm 1864 untuk pergi balik for two persons..kire sorang dalam rm 932 la kan..itu yang paling murah..masa tu musim panas, memang la murah..if winter ka autumn ka harga lagi mahal la..


Janji bole jalan-jalan kannnn…hehe..if sesapa yang berniat nak jalan-jalan tu, selalu la view tix flight..tapi bila sekali p jalan-jalan ni, rasa teringin nak p tempat len..ho chi minh? Osaka? Bali? Hehe….

2 – passport

Ini wajar la ada, memandangkan anda akan melangkah keluar..saya buat masa cuti sekolah..awal dua bulan sebelum fly..awal tak pe, sebab nak beratur buat passport pon da satu hal..rammmmmaaaaiii sangat orang kt imigresen tu..kena sabar la ye..

Saya buat rm100 untuk 3 tahun..jadi la tu..bukan selalu jalan sangat..bagi yang baru nak buat passport, sediakan 2 keping pic anda yang latest..

3 – tukar duit

Perkara ni saya buat masa lagi sehari dua nak g sana..sebab rate untuk won korea ni lebih kurang ja..so hari tu saya tukar dgn rate 352 won..kire macam duit ringgit ni lagi tinggi dari won korea la..tapi harga barang kt Korea mahal-mahal..

So, masa tu kami tukar around rm 4000 dan dapat berjuta-juta won la..sebab kita rm1 tu paling kurang kan, kat sana 1000 won..bila nak beli barang tu selalu mudahnya darab dengan 3.52..

ni 10,000 KRW sama dengan rm35 camtu la..

Untuk orang yang tak mo kira teruk-teruk, anggap ja suma barang kat sana darab dengan 3, itu la harga barang ikut ringgit..ok tak tips ni?hehe..ok la, bukan senang nak darab ribu-ribu won tu..

4 – pack barang

Ni pon satu masalah if tak berapa pandai nak pack barang..beg akan jadi besar sangat, luggage excess la apa la..untuk luggage yg nak di muatkan dalam perut flight tu max dalam 15-20kg je..if adik AA kt kaunter tu tutup mata setakat lebih sekilo tak pe la..if not, sedia la untuk bayar extra..

Tapi selalunya, masa nak fly ni barang tak lebih..nak balik nanti baru la excess..shopping la kannn…so, utk saya yang tak penah keluar ni..selalu dok letak hand cream la, perfume la dlm hand bag..bila check nanti, suma tu kena buang sia-sia ja..

So benda-benda liquid tu suma, boh dalam luggage..yg dlm hand bag tu, sy bawa miniature perfume tu + lip refiner spf 15 Herbalife (sebab tak mo lips kering masa fly) + compact powder..itu pon bungkuih dalam plastic sket..so, tak kena campak dlm tong sampah la..nanti hand cream wangi-wangi tu suma kena buang, sayang la..


Masa saya p tu, suami galas back pack n saya ber-hand bag ja..balik nanti baru saya pon ada back pack..tapi medium ja,lenguh bahu..

5 – kasut yang sesuai..

Hah, Nampak cam kecik ja benda ni kan…tapi sangat benar…saya g sana bawa 3 jenis kasut..crocs heel + crocs leper + selipar Jepun..heel tu sebab nak bagi nampak sama tinggi dengan husband..crocs leper tu bila da letih jalan dan selipar Jepun tu untuk jalan malam-malam..hehee…

Tapi muka bumi Korea ni berbukit bukau,sedia la menapak kan kaki anda..bole tahan lenguh dan melecet gak la..tu pasal orang Korea ni kurus-kurus suma..asik naik bukit ja..memang pro la if drive kat sini..hehe..

If ada sport shoes lagi bagus la..tapi saya tak bawa pon..g Nami Island dengan heel ok, jalan2 serata pulau tu..(rasa cam tak caya bole buat camtu..hehe) perlu kan ketabahan dan semangat untuk nampak cantik walau di mana berada..

exactly like mine..heel ke camni? hentam la..
6 - medicine

Ni pon sangat penting..saya ni tak pikir sangat pasal ubat ni..da lost nak travel ja..suami la yang remind suma ni..rupanya saya demam malam kat sana, batuk kat sana..sampai la balik Malaysia..

so, bab ni tak boleh di pandang ringan, even kat sana ada pharmacy, tapi mampu ke nak cari kedai and bergaduh nak ubat demam dengan korean?? lebih baik bawa sendiri..tapi saya tak la jet lag, cuma pening-pening dan batuk..


 > cane first day saya kat Korea tu?? nanti say update yer..

dotn hesitate to contact me via fb: cik siti marsyitah ,also tweet me:@cik_syitah
hotline:017-5016697..


Sunday 30 June 2013

jodoh itu milik Nya

Asssalamualaikum….

Lama sangat tak update kat sini..first sekali sibuk dengan walimah..then sibuk dengan trip to Korea…then sibuk dengan new life, sementara suami di sisi…sekarang la baru timbul keinginan nak update kat sini..banyak benda nak share dengan kawan-kawan suma…

Kita share pasal jodoh ni dulu la..next update cerita pasal Korea plak..sangat owesome..hehe..



Sharing saya pon melalui pengalaman hidup yang sedikit ni la..so, saya nak share cerita seorang kawan ni..kira best friend la..atau memang kawan baik sangat..nama kena la rahsia kan..kita panggil dia cik P..
Cik P ni umurnya lebih kurang saya la..dalam 26-27 camtu..seorang perempuan, bekerjaya la, hidup sederhana..dan family cik P ni menerapkan nilai keislaman..pendek kata family orang alim la jugak..


Saya memang kenal dia dari dulu lagi..so memang selalu update cerita dia..dlm tahun 2010, dia jadi cikgu ganti di sebuah sekolah di negeri Perak..so, dia biasa la..pergi tempat baru mesti la buat nice dan baik dengan semua orang..dia kat sana dalam 3 bulan la jugak..sementara tunggu posting cikgu..(keja cikgu la sekarang nih)

Dalam pada itu, ada la seorang cikgu ni rupanya berminat..kira ustaz la kan sebab ajar subjek agama..memang bertepatan dengan family cik P yang menerapkan nilai keislaman ni kan..so, cik P pon menyambut baik la seruan itu…dipendekkan cerita, ustaz tu pon datang la ke rumah dengan kawan-kawan masa hari raya..kira 2 in 1 la, datang ziarah dan berhari raya..


Memang menjadi idaman ayah cik P la untuk bermenantukan seorang ustaz..so, everything smooth..terus saja mei tahun 2011, cik P bertunang dengan ustaz tu…alhamdulilah…


Ustaz tu dah tak ajar di sekolah tu lagi..dh berpindah ke sekolah di Pahang..dan cik P dapat posting di Kedah..jauh la jugak kan..so, cik P sedang menghitung hari bahagia nya yang di jadualkan dlam bulan disember gitu…

Konflik bermula apabila tunangnya (ustaz tu la) macam kurang beri kerjasama dalam kerja kahwin ni..memang la family ustaz tu yang nk fikir..tapi bila diajukan soalan berkenaan kerja kahwin ni, beliau mengelak..entah kenapa jadi macam tu..cik P ni macam-macam la planning yang terbaik..



Lagi 2 bulan menjelang kenduri..ustaz tu masih mengelak dan tak beri kerjasama..jadi cik P dah rasa yang lain..hanya Tuhan yang mengetahui gelora hati cik P itu..dia banyak menangis mengenangkan perangai ustaz itu…

Dipendekkan cerita..bulan September tu, cik P nekad ambil keputusan untuk putus tunang dengan ustaz tu..rasanya itu macam satu perkara yang taboo dalam masyarakat Melayu..makcik-makcik di hilir kampung akan terus mencanangkan perkara tu..tapi cik P dah tak tahan..family ustaz tu ada datang dan berbincang, dengan ustaz tu pon cik P dah berbincang..tapi menemui jalan buntu..

Akhirnya, memang takdir mereka tak de jodoh..dan cik P kembali solo..masa tu, air mata jadi peneman dia..bukan dia tak sayang kan perhubungan tu..tapi dah tak mampu nak teruskan perhubungan tu..


Family cik P memahami kesulitan dan kesedihan yang dialami..family terus bagi semangat, bagi buku La Tahzan (Jangan Bersedih) yang memang sangat membantu semangat dan motivasi cik P..family cik P tak pernah salahkan cik P, tapi redha dengan ketentuan takdir..tak de jodoh,tak kan nak paksa..family cik P bagi cik P rasa ceria dan relax even banyak soalan bertalu-talu dari saudara terdekat..

Kat sini yang saya kagum dengan family cik P adalah, mereka tabah menghadapi dugaan ini, sebab bukan cik P sahaja yang rasa malu..tapi seluruh family, ye la kenduri lagi 2 bulan..semua persiapan dalam 50% siap..cuma kad kahwin ja belum cetak..ayah cik P sabar melayani persoalan jiran dan saudara mengenai hubungan cik P..

Cik P sentiasa tersenyum even orang lain terkejut dengan berita yang dia putus tunang..dia tak menyalahkan ustaz tu..kata dia “ustaz tu terbaik, tetapi bukan jodoh saya..dia tak de cacat cela”..cik P tahu ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..



Itu sejarah hidup cik P, yang saya rasa kadang-kadang orang lain mungkin malu untuk jujur dengan perasaan, even he is the best in the world, but he is not for you..terpaksa lepaskan yang terbaik..bukan kah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik? Sabar dan tabah menempuhi ujian ALLAH..

“ Jika keyakinan terhadap Qada dan Qadar ALLAH itu kuat dalam hati anda, setiap bencan akan menjadi kurnia, setiap ujian adalah anugerah, dan setiap peristiwa adalah penghargaan” – La Tahzan



Semoga kisah yang saya share ni boleh dimanfaatkan..saya tak pandai nak mencoretkan di sini..tapi ini yang saya mampu sampaikan..doakan kebahagiaan cik P untuk mencari cinta sejati beliau..

** cik P pon consume Herbalife okay..siap lost weight n kecik kan pinggang..hehe..

dont hesitate to contact vis fb: cik siti marsyitah , also tweet me:@ cik_syitah
hotline: 017-5016697