Asssalamualaikum….
Lama sangat tak update kat sini..first sekali sibuk dengan
walimah..then sibuk dengan trip to Korea…then sibuk dengan new life, sementara
suami di sisi…sekarang la baru timbul keinginan nak update kat sini..banyak
benda nak share dengan kawan-kawan suma…
Kita share pasal jodoh ni dulu la..next update cerita pasal
Korea plak..sangat owesome..hehe..
Sharing saya pon melalui pengalaman hidup yang sedikit ni
la..so, saya nak share cerita seorang kawan ni..kira best friend la..atau
memang kawan baik sangat..nama kena la rahsia kan..kita panggil dia cik P..
Cik P ni umurnya lebih kurang saya la..dalam 26-27
camtu..seorang perempuan, bekerjaya la, hidup sederhana..dan family cik P ni
menerapkan nilai keislaman..pendek kata family orang alim la jugak..
Saya memang kenal dia dari dulu lagi..so memang selalu
update cerita dia..dlm tahun 2010, dia jadi cikgu ganti di sebuah sekolah di
negeri Perak..so, dia biasa la..pergi tempat baru mesti la buat nice dan baik
dengan semua orang..dia kat sana dalam 3 bulan la jugak..sementara tunggu
posting cikgu..(keja cikgu la sekarang nih)
Dalam pada itu, ada la seorang cikgu ni rupanya
berminat..kira ustaz la kan sebab ajar subjek agama..memang bertepatan dengan
family cik P yang menerapkan nilai keislaman ni kan..so, cik P pon menyambut
baik la seruan itu…dipendekkan cerita, ustaz tu pon datang la ke rumah dengan
kawan-kawan masa hari raya..kira 2 in 1 la, datang ziarah dan berhari raya..
Memang menjadi idaman ayah cik P la untuk bermenantukan
seorang ustaz..so, everything smooth..terus saja mei tahun 2011, cik P
bertunang dengan ustaz tu…alhamdulilah…
Ustaz tu dah tak ajar di sekolah tu lagi..dh berpindah ke
sekolah di Pahang..dan cik P dapat posting di Kedah..jauh la jugak kan..so, cik
P sedang menghitung hari bahagia nya yang di jadualkan dlam bulan disember
gitu…
Konflik bermula apabila tunangnya (ustaz tu la) macam kurang
beri kerjasama dalam kerja kahwin ni..memang la family ustaz tu yang nk
fikir..tapi bila diajukan soalan berkenaan kerja kahwin ni, beliau mengelak..entah
kenapa jadi macam tu..cik P ni macam-macam la planning yang terbaik..
Lagi 2 bulan menjelang kenduri..ustaz tu masih mengelak dan
tak beri kerjasama..jadi cik P dah rasa yang lain..hanya Tuhan yang mengetahui
gelora hati cik P itu..dia banyak menangis mengenangkan perangai ustaz itu…
Dipendekkan cerita..bulan September tu, cik P nekad ambil
keputusan untuk putus tunang dengan ustaz tu..rasanya itu macam satu perkara
yang taboo dalam masyarakat Melayu..makcik-makcik di hilir kampung akan terus mencanangkan
perkara tu..tapi cik P dah tak tahan..family ustaz tu ada datang dan
berbincang, dengan ustaz tu pon cik P dah berbincang..tapi menemui jalan
buntu..
Akhirnya, memang takdir mereka tak de jodoh..dan cik P
kembali solo..masa tu, air mata jadi peneman dia..bukan dia tak sayang kan
perhubungan tu..tapi dah tak mampu nak teruskan perhubungan tu..
Family cik P memahami kesulitan dan kesedihan yang
dialami..family terus bagi semangat, bagi buku La Tahzan (Jangan Bersedih) yang
memang sangat membantu semangat dan motivasi cik P..family cik P tak pernah
salahkan cik P, tapi redha dengan ketentuan takdir..tak de jodoh,tak kan nak
paksa..family cik P bagi cik P rasa ceria dan relax even banyak soalan
bertalu-talu dari saudara terdekat..
Kat sini yang saya kagum dengan family cik P adalah, mereka
tabah menghadapi dugaan ini, sebab bukan cik P sahaja yang rasa malu..tapi
seluruh family, ye la kenduri lagi 2 bulan..semua persiapan dalam 50%
siap..cuma kad kahwin ja belum cetak..ayah cik P sabar melayani persoalan jiran
dan saudara mengenai hubungan cik P..
Cik P sentiasa tersenyum even orang lain terkejut dengan
berita yang dia putus tunang..dia tak menyalahkan ustaz tu..kata dia “ustaz tu
terbaik, tetapi bukan jodoh saya..dia tak de cacat cela”..cik P tahu ada hikmah
di sebalik apa yang berlaku..
Itu sejarah hidup cik P, yang saya rasa kadang-kadang orang
lain mungkin malu untuk jujur dengan perasaan, even he is the best in the
world, but he is not for you..terpaksa lepaskan yang terbaik..bukan kah
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik? Sabar dan tabah menempuhi ujian
ALLAH..
“ Jika keyakinan terhadap Qada dan Qadar ALLAH itu kuat
dalam hati anda, setiap bencan akan menjadi kurnia, setiap ujian adalah
anugerah, dan setiap peristiwa adalah penghargaan” – La Tahzan
Semoga kisah yang saya share ni boleh dimanfaatkan..saya tak
pandai nak mencoretkan di sini..tapi ini yang saya mampu sampaikan..doakan
kebahagiaan cik P untuk mencari cinta sejati beliau..
** cik P pon consume Herbalife okay..siap lost weight n kecik
kan pinggang..hehe..
dont hesitate to contact vis fb: cik siti marsyitah , also tweet me:@ cik_syitah
hotline: 017-5016697
No comments:
Post a Comment