Wednesday 10 July 2013

Korea - 6D 5N - hari pertama

Assalamualaikum...

Selamat menyambut Ramadhan lagi pada tahun ini..hope dis year akan lebih bermakna dan bertingkatnya amalan kita..intro mesti berdakwah sket..hehe..

Entry ni nak share hari-hari saya di Korea..sebab sebelum saya ke sana pon, saya banyak refer blog orang yang dah ke sana..so, harap entry ni dapat bantu la serba sedikit..

So, cerita ni adalah bermula dari first day di sana la..suhu dalam 26 Celsius sebijik macam kat malaysia,tapi dia rasa angin sejuk..kira masa turun flight tu rasa nyaman ja, even matahari terpacak..

rupa Incheon Airport tu - ihsan google..


Flight dri Msia ke Incheon on 7th (Jumaat) jam 8.00am..so, kami tak nak rushing pada hari kejadian..so, stay kat KL on khamis tu la..kat Ancasa Express Pudu..bole la, tak mahal sangat.. sebab nak stay sat ja..RM130 per nite..

Sampai KL jalan-jalan kejap, then arrange luggage nak ke airport la..pagi subuh yang hening tu, on 7th tu la..around 4.00 am dah naik Star Shuttle yang memang menuju ke LCCT..RM 12 seorang..bole la harga tu, daripada naik cab. sure la mahal sebab di kira malam lagi and jauh kot dari pudu ke LCCT tu..tunggu kat depan Mydin tu, then sampai la basnye...




Cik Cici ni first time jalan keluar dari Malaysia tanah air ku..so, memang mengikuti je la cakap husband dan banyak soalan yg diajukan..hehe..

Setelah itu, kami check in around 6.30am..sambil tu solat subuh (wojib) dan makan sandwich yang dikongsi bersama..walaupun rasa exited nak bejalan sampai tak mo makan..hehe..

Abes lepak kat situ, selepas check suma..berjalan la rombongan cik kiah menuju ke Air Asia yang dah park tu..kami board jam 8.00am..Lenguh la kan, sebab 7 jam lebih dalam tu..memang angan-angan nak naik flight kan..jadi nah 7 jam bersiar-siar sampai kaki kejong..hehhe..

Encik suami saya ingat dah book makan, kita pon tunggu la..tengok-tengok tak beli pon..bole je la beli atas tu..RM40 la jugak..tu pon rasa tak kenyang sangat..hehe...

Sampai di negara Lee Min Ho tu jam 3.15pm (jam Korea) masa Msia 2.15pm..kira Korea awal sejam je la..alhamdulilah tak jet lag..lega sangat sebab husband risau jadi camtu..maklum la first time fly nih..thanks dear!

pic yang bawah ni adalah macam pejalan kaki punya terowong, if di Msia kita jalan atas tar tu..


Sampai Incheon tu terus senyum lebar..dalam hati cakap "ok, aku da sampai sini!"..hehe..then naik train untuk amik luggage..train tu datang selang 5 minutes..so, tak yah risau la kena tinggal..


Lepas amik luggage and imigresen tu, keluar la untuk membeli T-money card di 7-E..kat sana guna itu lah untuk naik public transport..if tak beli susah la..kami pon beli sorang RM100 dalam card tu..dlm 352,000 KRW la jugak..actually banyak sangat beli tu, kami tak tau nak agak..so, balik Msia pon ada balance RM60 dalam tu..huhu..

terus capai tourist info flyers, senang nak jalan nanti..yang ungu tu T-Money card


Setelah itu, cari limousine bus ke Itaewon..itu tempat menginap kami la..tunggu la bas kat situ..ada la ahjussi dok jaga n tanya kita nak p mana..tak risau sangat la..naik bus 6030 dengan kos 15,000KRW..rupanya bus tu stop-stop..jadi perjalanan amik masa 2 jam..eeeeee...tapi tak pa la, bole tengok-tengok kawasan..

beratur sebelum naik, even bus tak sampai lagi..beratur ja..


Then terus kan cari guest house kami iaitu Iness Inn..sebelum ke Korea lagi, kami da survey tempat mana nak stay, so dah bayar half duit penginapan..mulanya rasa risau satgi rumah tu tak wujud ka kena tipu ka..tapi yang buat lega sebab kami deal dengan orang melayu nama En. Fariq tu..suma sekali kos untuk 6hari 5 malam tu RM700..di Msia da byr RM350..sampai di Korea bayar balance dalam KRW (won)..

yang atas tu kira pemandangan di jalanan la..ada banyak gak pic yang sempat snap..


Sampai tu rest kejap..sebab letih naik bukit nak ke Iness Inn tu..tempat sana memang berbukit pon..jadi untuk orang yang jarang work out ni rasa macam nak heret kaki ja..huhu..sebelum travel tu, pastikan stamina cukup..

Malam tu, kami round area Itaewon..tengok suasana malam, if jalan dengan girls memang tak jalan dah..ni ada bodyguard bole la..ternampak Eja dan Hairul Fear Factor tu..datang shooting agaknya..

Ni baru first day kat sana..semangat nak cerita ni..panjang plak entry ni..ok la nantikan hari seterusnya..

* eh, i'm herbalife independent distributor..lost 6kg in 3 month, fair n glowing skin, reshape your shape..



don't hesitate to contact me via fb: cik siti marsyitah, also tweet me: @cik_syitah
hotline:017-5016697..